NADI Mahir Masak Minggu 6

29 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2025 (Khamis), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang keenam. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu keenam ini, para peserta akan diajar tentang cara pembuatan Korean Garlic Cheese Bun. Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang digunakan manakala pihak NADI akan menyediakan peralatan yang digunakan untuk pembuatan bun.

Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali